Monday, July 17, 2017

SPRM Serbu Pejabat Felda Investment


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Balai Felda di Jalan Gurney, Kuala Lumpur, hari ini.



Seramai lapan anggota angensi penguat kuasa antirasuah itu tiba di bangunan berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Serbuan yang dilakukan hari ini dipercayai berhubung pembelian hotel empat bintang oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) di Kensington, London antara 2013 dan 2015.




Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan penyiasat membuka kembali kertas siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan.

Langkah itu diambil susulan suruhanjaya itu mendapat maklumat baru berhubung kes itu lapor Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails